Wadah Madrasah Pengalaman: aku budak semester pertam di I.C,A,T,S


Monday, June 1, 2009

aku budak semester pertam di I.C,A,T,S

Salam

Photobucket



Dingin benar pagi ini, cahaya mentari pagi melimpah limpah menyelaputi rumah rumah jiranku. Menatap dibalik jendela sempat jua termenung,terukir senyuman diwajahku,entah,untuk siapa ku tujukan senyuman itu. Selesai membersihkan diri, aku Menyarungkan baju kuning berkolar dan berseluar slack hitam, kelihatan begitu formal. Jenaka rasanya. 'ah,pastok xpat gik lah aku nak ngando ngando,alahai,tedah kedirik tek.pa nak polah dah nama kita nak study,camyalah'. Bisik hatiku. Jam 9.00 a.m, Hari pertama mendaftar di I.C.A.T.S. Hari yang begitu sedikit malang bercampur jenaka bagi ku. Apa tidak nya,aku lupa membawa borang tawaran untuk melanjutkan pembelajaran ku, menyebabkan aku berpatah balik ke rumah. Bukan dalam perjalanan tapi sudah sampai kesana. Barulah teringat,ah semakin susut semangatku.


kitty line


Orientasi mula berjalan,dua hari dalam waktu orientasi aku menerima perkhabaran yang agak merudumkan perjuangan ilmuku. "wan,your corse tak dapat diteruskan,coz bilangan yang mengambil engineering drafting design..." Sir Tonny berjeda,sambil mempamerkan ibu jarinya menunjuk kebawah. Aku mula faham maksudnya. Mendengus aku seketika. Merenung wajah wajah manusia yang aku belum kenali perwatakannya malah hati budinya. "so...?" aku menaikkan kening kananku, ingin mendapatkan jalan penyelesaian secepat mungkin. "you take other course, dont worry its still under U.T.M,elektrik elektronik engineering(POWER)?."serentak itu sir Tonny menghulurkan risalah yang berkaitan.
'tang best jak upa course tok,try lok lah,mun sik cuba ni tauk'. Omel ku sendirian. Tanpa berfikir panjang aku terus mengambil course tersebut.



Hari terakhir orientasi. Masih ramai lagi wajah wajah manusia yang aku belum kenali. Kawasan sekitar kolej pun aku belum jelajahi, mana tandas,blok A,blok B,blok C...


"Eh,trugok indah". Yang tadi nya aku mendagu terus menyebabkan aku tersentak dari lamunan,entah apa yang mengejutkan aku dari lamunan ku yang panjang lantas menyebabkan tanganku terlepas dari menongkat daguku. Masih panas lagi secawan nescafe susu yang sedikit pun belum aku sisipkan.
Mengambil utusan malaysia yang tadinya dibaca oleh abah. 10.04.09,cepatnya masa melangkah. Final exam semakin menghampiri. Teringat akan assignment hubungan etnik yang diberikan oleh sir Dillah. "ini assignment kamu,hantar sebelum 28.april,sediakan dalam bentuk power point supaya senang hendak dibentangkan" menepuk meja dengn telapak tangan nya,justeru mengejutkan kami
Yang asyik memikirkan soal assignment.'nasib jantungku xtrugok,mun jak aku belatah udah belatah aku tok,nak pa nama ta sir ya'bisik hatiku. "abram kita satu kumpulan k," aku menepuk nepuk bahu Abram."saya ok saja"Abram budak sabah berketurunan dusun itu tergelak menyebabkan mata nya mengecil."apalah kamu nie Abram,apa yang lucu nya"berkerut dahi Patrick inginkan kepastian punca Abram tertawa. Carlderk,presly dan carl mats yang duduk dibarisan belakang kami turut tergelak melihat gelagat lucu kami. Tanpa menghiraukan pensyarah yang berada dihadapan.


kitty line


Pagi ini aku turun ke kolej seperti biasa,tanpa bersaparan,ah,itu memang tabiat aku,sarapan hanya akan menyebabkan aku berada di bilik termenung. Perjalanan yang terasa begitu panjang bagiku,apa tidaknya,seawal pagi sebegini pasti kesesakan berlaku,hampir hilang kesabaranku,melihat gelagat gelagat pembonceng motosikal seperti dikejar hantu. Siapalah aku yang hanya duduk memandu,aku tahu aku bukan pengawai J.P.J atau polis traffic. Tiada hak untuk bersuara lantang, biarkanlah,mati hidupku aku tanggung sendiri. Begitu juga kamu.apa yang merisaukan aku,kau libatkan diriku dalam situasi begini.


Hampir setengah jam aku terperangkap dalam kesesakan jalan raya barulah aku dapat menghembus nafas lega. Syukur akhirnya aku berada disini, i.c.a.t.s kolej ku yang kini tempat untuk ku menambah ilmu didadaku. Sepanjang keberadaan ku mencari ilmu disana semakin indah saat saat yang kulalui.



kitty line


Kursus Biro Tata Negara telah berlalu namun tetap segar diminda ku. Ramai penuntup penuntup kolej ku yang aku mula kenali. Disitu juga berputik taman taman cinta bagiku. Alangkah indahnya ketika itu.Photobucket Andai ku mampu,akan ku putar setiap minit yang berlalu.


kitty line


Kertas terakhir final exam ku menandakan aku akan bebas bercuti. Dan kini semester kedua tetap kan ku nanti...





Photobucket

Tam-Mat

Wan_Hazel




Selamat jalan wat semua kengkawan saya yang akan pulang ke kampung...

Balik nanti ke sini lagi bawa la ole ole ya..hehehe






No comments: