Wadah Madrasah Pengalaman: kepulangan amarah...tolong aku


Friday, February 26, 2010

kepulangan amarah...tolong aku

Salam.



Aite...bertemu kembali. Sudah bersawang teratak ini.

Kukarangkan lagi nada nada nafas yang bersuara setelah sekian lama membisu tanpa khabar berita. Sememangnya bukan itu yang aku mahu kan. Ada isyarat merah di medan fikiranku membawa makna berhenti dari berfikir dan besuara.

Kini laluan itu mula luas lega menghela nafas nafas kehidupan. Jauh sudah ku melangkah sehingga kurang pasti dimana langkah terakhir yang ku kesankan didada nurkilan ruangan teratak yang usang ini.


Di jendala membiarkan terus bayu pagi menghembus pipi,alangkah tenangnya,alangkah indahnya hari ini. Itu kata hati ku,yang sebenarnya belum pasti...disini tiada lagi cela yang terselit diruang mataku. Tinggi harapan ku akan benarkan kata kata ku menjadi realiti.

Setelah lama aku terdiam banyak yang ingin aku kongsikan pasti bukan semua cukuplah dengan apa ada nya yang aku lakarkan. Kisah,ku kisahkan tentang primeter jalanan hidupku, membuatkan ku sering tertanya tanya mana janji yang tak terlafaz yang kau ukir untuk persabahat. Mungkin salah aku yang membezakan pengertian itu.

Aku belum bernoktah disitu masih banyak yang ingin aku kongsikan. Ini masa aku untuk bersendirian diteratak aku. Aku terkebil kebil membawa hati ke dunia lain merangkak rangkak ke laluan masa. Aku cari apa kurangnya aku dari yang lain.

Berkecamuk...

Yang pastinya hanya ada keluhan dan ngomelan. Merenung nasib yang dipulaukan. Aku tahu siapalah aku dikelompok perjuangan kamu. Tatkala kalian bergembira bersuka ria disana tetap kan ku doakan keselamatan dan kesejahteraan kalian.

Aku sudah bosan dengan rajok hati ku, tiada henti henti memuntahkan rasa terkilan, satu persatu persoalan timbul hingga aku biarkan bernoktah tergantung tanpa jawapan. Aku biarkan, yang pasti aku tetap yang dahulu yang pernah rasa bahgia disamping teman. Salahkah andai ku mengertikan kamu bukan sahabat karib ku...


Aku sedang bercakap sambil bercermin mimpi, bukan dituju terus kepada yang tersirat atau kalian yang terpanah terus didada. Yang baik semuanya datang dari Tuhan yang Esa...yang buruk itu datang dari aku yang serba kekurangan. Siapalah diri ini dikalangan kalian dan sahabat sahabat ku...Salam.

Photobucket


-----------------------------------------







plz klik this...



Become a FAN of “CyberSAFE Digital Content Competition” on Facebook.
and plz vote LIKE to my poster

Photobucket

KLIK POSTER


hai fwen..need ur help..plz klik LIKE to my poster help me to win..tengs u



No comments: