Wadah Madrasah Pengalaman: Rahsia segala rahsia adalah antara kamu dan ALLAH


Saturday, August 25, 2012

Rahsia segala rahsia adalah antara kamu dan ALLAH

.

Sony Alpha A55 | Sigma 28-135mm
25-08-2012|Masjid Al-Mutaqim|Menjelang Maghrib


Assalamualaikum...




Raut raut sepi mendadak menyelubungi kamar hatiku,
Alunan irama memahatkan lagi pilu dihati,
mula terbina mahkamah pertanyaan di benak fikiranku,persoalan hati,jasad,jiwa,fikiran,
semua berkumpul membahaskan pertanyaan yang selama ini masih belum terungkai.
kejam nya kamu memperlakukan aku sedemikian.
apa mahu nya..???
mengapa perlu begini,untuk siapa kamu perjuangkan nya.untuk aku???
namun aku tidak rasa ia untuk ku...
masih berparut disisinya,
kini kamu masih ingin mencuba.bukan mahuku namun aku menginginkannya.
argh,apa beza kedua nya...
jawab pertanyaanku...
ternyata kalian terdiam..


Aku tahu, perjalananku masih jauh lagi.
masih banyak dugaan yang perlu ku tempuh.memang dasarnya aku sengaja menggomelkannya agar tersedar disudut sanubari.Tak rela ku yang indah kali ini hilang jua.Namun apa ada nya.Hanya tersimpan rapi dalam bongkah disudut ruang gelap sang hati.Enggan ku mencari kuncinya agar terluah.cukuplah sekadar kiasan bahasa ku.Bukan untuk dimengertikan,bukan jua untuk kalian fahami.Aku tidak perlukan itu saat ini.aku tahu akan pastinya ia bukan milik ku lagi.Mungkin satu saat  "Kunfayakun" .


Dilembah itu aku bertapa.
Tiada sesapa menemaniku.Hanya ada aku dan penaku mencatat segala yang terjadi. Hingga aku tersedar.. Disisi ku ALLAH terlalu dekat dengan ku. Aku mahu keluar dari lembah ini.bantulah aku.aku mahu mengukir kebahagian itu bersama cinta MU.Hanya kamu YA ALLAH.tawaku bersama,senyumku bersama,piluku,tangisku..Mungkin tidak..Biarlah hanya yang indah indah ku kongsikan untuk MU...
andai mahu bicara tentang pilu ku,syukur ku pada MU yang Esa.
TERNYATA KAU MAHA SEGALA NYA...

Bertapa Ajaibnya DOA..
Rahsia segala rahsia adalah antara aku dan ALLAH..
Biar nyawa di hujung urat, biar hari bertemu akhirat, kata-kata ini adalah rahsia yang paling rahsia. Hanya aku dan DIA saja menggenggamnya.




.



3 comments:

Unknown said...

terkesan dengan entry ni..shyadu sangat berhimkah

Syaza Nazurah said...

doa itu senjata mukmin :)

Si Matatajam said...

Allah sentiasa dekat dengan kita lebih2 lagi Kalau kita sentiasa mendekatkan diri denganNya...